~pokok tumbuh di dept?~

| No comment yet
ChurpChurp!!~

ya itulah kenyataannya.
baru baru ini dept telah di gemparkan dengan tumbuhnya tumbuhan aneh
berwarna warni buahnya.
siapa la agaknya yang tanam pokok pokok nih?


jangan main main, atas meja pun boleh tumbuh~
setelah sekian lama menyiasat...
rupanya~


staf staf ni rupanya yang buat~
seronok pula tengok diorang ni menghias hias pokok ni.
dulu lain pula hiasannya, hehe.
hah hiaslah korang sepuas puasnya.


letak semua hiasan hiasan yang ada, rugi beli kalau tak pakai..
tekun betul mereka menghias pokok.
setahun sekali, kata mereka.


kaunter depan pun mereka hias juga, wah wah wah.. semua tempat nak hias.. ish~
tak pe, nak mencantikkan suasana kerja. lagi bersemangat nak kerja kan?
walaupun ada yang Frust dengan SBPA. hehe.

ok lah nk chow dulu~
kerja elok elok semua~




~ekspedisi @ seashore~

| 2 comments
[klik2]iPhone4s launched!
[klik2]Samsung Galaxy W!


pada hujung minggu yang lalu,
maka bermulalah perjalanan anak-anak muda jejaka-jejaka bujang melewati jalan raya menuju ke destinasi.



ya, ini lah destinasinya..
namun hampa seketika kerana alunan ombak buas memukul pantai.
hajat ingin berenang-renang di pantai hancur luluh. angin deras menderus, sejuknya menusuk tulang rusuk.



turut membantutkan rancangan apek ini hendak naik jetski.
pergh! ada sebijik nih best juga. ada sesiapa nak sponsor ke?
inilah kisah kami di lokasi pertama @ kg.pasir pandak
makan ayam panggang je la kami tepi pantai.



ok! next~ kitorang bergerak ke lokasi kedua, dengan pantas kami memecut ke kg.buntal yang berdekatan. ini lah pantainya. kat sini kami pun jalan-jalan,lepak-lepak beli kueh cucur jawa, dengan cucur udang. makanlah kami kueh-kueh ini.



apa lagi, posing2 je la budak-budak nih. nak mandi dah malas. kenyang makan semua berebut nak bergambar. ahha! zul,usop,dan zul.



ceh! cakap orang, diri sendiri pun nak juga join sesi posing beramai-ramai di tepian pantai. apa-apa pun kami enjoy. ok lah. chiaw dulu. balik woi! nak magrib dah ni.




~pesta @ pantry~

| No comment yet
[klik2]Clean&polish with maxshinecentre


ahha! inilah dia kaki2 makan kat dept. pantang di ajak terus bedal,
aku pun sama gak. sapa yang xnk kn. rezeki tuh.
dept ni mmg slalu buat makan2. x kira la farewell ke, pencen ker, tiap2 bulan ada.
baik sungguh ketua jabatan kat sini kan.


nilah juadah2 dia. walaupun ringkas tapi memang dapat sambutan ramas.
makanan gerenti habis nyer. almaklum lah staf nya bukannya sikit.
jom pakat2 bedal..


pergh! kuah kacang best wo. ni buat sendiri ni. staf kat sini yang buat.


lemang2.. walaupun dah abes musim perayaan. lomang totap ado. apo laie.. jom la makan!


nasi himpit pon ado nih! silakan2 jangan malu2. buat macam dept sendiri.


pencuci mulut pun disediakan. jgn lupa makan sebelum sambung keje balik ok!
alamak bos dah marah!
chiao dulu..
selamat makan semua~




~bila keyboard berhabuk~

| 2 comments
debu debu bertaburan di atas papan kekunci, screen dah berkulat, meja dah berkarat..
pergh! lamanya tak update blog. dah bersawang dah nih. (ambil penyapu jap) swap~ swap~ sapu sapu habuk, kemas kemas meja, susun susun buku. bilik kena sapu semua. komik komik kena susun kat rak, habis bertaburan.

lama menyepi kerana sibuk kebelakangan ini. traffic dah slow, follower pun... hmm.

jangan risau thebudoks masih ada di sini.
nanti update blog ok.
nih pun singgah sekejap kat PC. taip taip pun tangan lenguh. nampak sangat lama tak pegang keyboard.

ok lah selamat ber'blog' semua.
chiao~~

~flora fauna borneo~

| 3 comments
[klik2]want win prize?CastrolEDGE
[klik2]win RM10k with MiloCansNextGame

hujung minggu lalu thebudoks telah melepaskan tension bersama rakan2 serumah. pegi bertapa dalam hutan hujan tropika sekejap.
ke mana kami pergi? haaa~ ni nk bg tau ni..

rangcangan kami mula2 nya nak pergi kat air terjun kat Matang Wild Life Centre, tapi x menjadi sebab perjalanan kesana ambil masa 2jam jungle trekking,dengan selambanya kami xde kelengkapan yang cukup, cth: kasut,makanan,air yang cukup,dll.

kitorang nih pakai seluar jean,selipar jepun,bata,croc pun ada.makanan x bawak, air sebotol je. jadi, kitorang jalan2 pergi melawat haiwan yang ada kat sini.
antara haiwan yang ada kat sini; buaya,rusa,burung helang,burung hantu,burung enggang,musang,gibbon,orang utan, landak dan beruang.





tapi kami pergi cari2 juga port nak mandi. tapi hampeh. tak berani kami nak pergi mandi kat sungai kat bawah ni. seram tengok kaler air dia. dengan lumut penuh, macam tak pernah orang pergi situ.




kitorang try jugak pegi jalan nk pegi kat air terjun tu tapi patah balik. hampanya rasa~ kemudian dlm perjalanan pulang kami rancang nak berendam kat Matang Family Park. tapi x jadi sebab ramai.

akhirnya kami menjejakkan kaki kami ke Kubah National Park

di sana kami bertanya kepada akak yang kerj kat sana ada tak air terjun. jawapannya ada. Yeah! gembira dengar jawapan itu setelah tfrust xsampai kat air terjun kat Matang Wild Life Centre.
kami perlu mendaki setinggi 1000ft dan perlu melalui denai sejauh 1.5km untuk sampai ke tempat air terjun tu.





setelah lebih kurang 30min berjalan kaki melalui denai2 dalam hutan hujan tropika ini. sampai juga kami ke destinasi iaitu nak mandi air terjun. yehaaa~ sampai juga akhirnya.. jom serbu!! chiaw~




~berlalu pergi~

| No comment yet
[klik2]PrudentialMY FB win rm1000!
[klik2]UMobileBB BlackBerry Playbook!

baru2 ini,
jabatan pengimejan telah kehilangan beberapa staff di sebabkan oleh pihak pengurusan tidak wujudkan post baru baru juruproses di jabatan ini. dahulunya juruproses bertanggungjawab untuk memproses filem x-ray belum diproses setelah sesuatu pemeriksaan di jalankan. setelah jabatan tidak lagi menggunakan kaedah lama iaitu proses di bilik gelap. jawatan juruproses telah di tukar menjadi pembantu tadbir am.

mereka juga bertanggungjawab untk menguruskan filing filem2 x-ray.
namun jawatan ini tidak di wujudkan di jabatan kami. menyebabkan mereka ini di serap ke jabatan2 lain.sebahagian daripada mereka sahaja yang tinggal.

sempena pemergian mereka. jamuan perpisahan yang sederhana telah dianjur disebabkan oleh keputusan yang secara mengejut daripada pihak pengurusan.

majlis dimulakan ucapan dan penghargaan daripada ketua jabatan kepada mereka kerana ada di antara mereka yang sudah berkhidmat di jabatan ini sebelum kedatangan beliau lagi. jasa mereka amatlah di hargai.









selamat maju jaya semua, tak kiralah di mana sahaja mereka berada, samada di serap ke unit hasil, perakaunan, unit latihan dan sebagainya. kami amat berterima kasih.

sebahagian kerja yang di pertanggungjawabkan oleh mereka sebelum ini kini diteruskan oleh juru x-ray secara bergilir2.
orait setakat ini saja post kali ini, chiaw!






~salam aidilfitri 2011~

| 4 comments
[klik2]newSamsung Galaxy Tab 10.1
[klik2]video on #SayaSukaMalaysia


di sini thebudoks ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat, terutama ibubapa, sanak saudara,orang yang tersayang, rakan2, serta kepada semua yang mengenenali.

dulu2 semua ucapan masih lagi menggunakan kad2 raya yang dihantar menggunakan pos.
kini semuanya nak multimedia, antaranya emel,SMS,MMS,facebook,blog dan semualah.
tak kiralah bagaimana sekalipun cara ucapan raya diucapkan janji semuanya ingin merapatkan silatuharim dengan keluarga,sahabat handai dan sebagainya.

di waktu sebegini, ramailah yang mula berpusu2 untuk pulang ke kampung halaman masing2. maklumlah ramai yang berkerja di bandar2 besar. jauh dari rumah. hati2lah semasa memandu tu, jangan tergopoh gapah, kalau mengantuk berehatlah sebentar.

yang tak sempat pulang beraya pun ada juga, yang masih belajar di luar negara, terpaksa bertugas di hari raya, yang x sempat beli tiket raya. semuanya ada.

alrite sekian sajalah post utk kali ini. salam lebaran kepada semua~




~berbuka bersama@BCCK~

| 2 comments
[klik2]iPad bag!@MilkADeal
[klik2]join#ChurpChurp!

baru2 ini dari 5 ogos 2011 hingga 26 ogos 2011.Borneo Convenion Center Kuching mengadakan Buffet Ramadhan.
waktu: 6.30pm-10.00pm pada harga RM65 nett bagi Dewasa

pelbagai menu yang disediakan bagi memenuhi kehendak pelanggan2 antaranya nasi putih,beriani gam chicken,satay,mee tomato,roti canai & kuah dhall.

pilihan lauk pauk juga banyak di sediakan iaitu ayam masak merah,kari kambing,sup daging tendon,gulai ikan masak lemak,cencaluk,sambal belacan,ikan masin,serunding daging/ayam,kerabu,sambal mangga,steamed fish with chilli sauce,smoked tenggiri,telur masin,ulam2,sambal mangga,fishballs soup,minutes steak with black pepper,lam yee chicken,bammboo clam,braised beancurb wih mushroom,kailan with crab meat,whole lamb roast,roasted chicken with herb,bubur pedas dan bubur lambuk.

pilihan makanan lain juga disediakan di antaranya sherped pie,baked seafood macaroni,roasted potato,kuih2 melayu,assorted bread,waffle,pastries,cucur daging,salad ceaser,semolina pudding,mini tapas,ais kacang,bubur som-som,chocolate fountain,fruit skewer,mousses,whole cakes,tart,pie,jelly,dan shawarma.

bawalah seisi keluarga anda sekali sekala makan buffet bersama, selain itu organisasi2 juga boleh menyertai majlis ini, para pelancong asing dan juga, kaum2 lain juga ada yang mememeriahkan buffet ramadhan ini.

dibawah ini disediakan beberapa gambar suasana berbuka di BCCK 2011:
















~moodRaya@bermula~

| 2 comments
[klik2]DigiJomBerry
[klik2]Facebook Maybank’s My Raya game winRM25,000!

hari ini sudah masuk hari ke-20 kita berRamadhan~
maka bermulalah mood baru bagi sekalian orang yang berpuasa itu.. MOOD RAYA!

eh~ thebudoks pulak yang lebih2.. ni nak kongsi sedikit adengan2 MOOD raya kat tempat kerja:

1-banner2 raya telah pun di gantungkan di pintu2 utama


2-lampu kelip2,hiasan2,sampul duit raya, dan pelita dihias di kawasan yang paling dekat dengan pelawat,pesakit,dan sebagainya.


3-syiling pula dihiaskan dengan ketupat2.


4-printer pun jadi 'mangsa' ketupat. kreatif betul mereka yang menghias ni.


5-lemang pun ada kat sini! jangan ingat dalam aircond tak boleh bakar lemang. "bang, jaga lemang tu! nanti hangus!",kata akak yang jaga kaunter.

inilah kesan2nya jika sebuah organisasi itu telah dilanda MOOD RAYA
waktu2 begini ramai yang dah mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing2.
bagi perantau yang jauh dari tanah tumpah darah tu, ini la peluang yang mereka rebut.
maklumlah sudah lama tidak bersua muka dengan ibubapa, adik beradik,sanak saudara.
sekian~ tarawikh kat masjid@surau tu bagaimana lah keadaannya?




~entertain@apa!!??~

| 6 comments
klik2!SamsungGalaxyS2
klik2#HotlinkONEMusic

alrite~ dh hari ke-8 kita berpuasa..dh nk dekat fasa pertama kita berpuasa..iaitu 10 malam pertama..
jadi ni nk cite skit pasal keje time bulan nih..
student: en.A mcne kite nk bg hiburan kat pesakit berkerusi roda?
en.A: ala ko nih tu pun x tau ke? ko cube la sambut patient tu dgn kompang.. ko juggling ke, buat magic silap mata ke apa ke..
student: wah! camtu lak ker encik? cam susah jer..
en.A: ala ko nih, tu pon x le buat ker?? sonang je tuh.. dah jgn kaco aku..bz nih!
student: hmm.. apa aku nk buat nih..(sambil berfikir)hah~

student:cantik lah~ ada mic dan PA system~ bole la aku nyayikan lagu..haha~
hmm.. lagu apa nk nyanyi nih..lagu raya? haha.. cantek lah.. mood raya pun best gak time2 nih..

dari jauh~ senior yg bz dgn kotak2 mreka memerhati kelibat student yang tengah test2 mic tu..lalu~
en.J: wooi! apa ko buat dgn mic mr.S tuh? patient kt bilik tu apahal sorang2?
student: err..WHEELCHAIR PATIENT, PLEASE ENTERTAIN FIRST..so nk pegi entertain la nih..
en.J: hahahahaha.. ko dh kena tipu dgn en.A tu.. bukan ko pegi buat pesembahan kat patient..ko kena selesaikan patient yang kerusi roda dulu daripada paient yang jalan kaki. lagi 1 budak2, org tua, yang emergency kna buat dulu.. yag lain tu kemudiankan paham?.. hahaha..
student: ergh? apo kono jang? (blur sebentar)

en.J: filem dah berlambak tuh! meh tolong aku paskan lepas settlekan patient td..
student: baik encik..eh mana en.A pegi?

student: en.J tuh sapa yg buang bapak bayi akt dlm kotak tuh!
en.J:ceh! aku buat kotak letih2 skali dia landing pulak dalam tuh.. apaddaaaa!

*cerita ini adalah rekaan semata2. watak2 dalam gmbar adalah lakonan semata2..*