~farewell @ pantry II~

| 2 comments
Churp Makin Panas!
Gin & Jacqie Bags Cool!

Kuching: sebuah jabatan pengimejan diagnostik telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan pemergian Dr Pavan yang berasal dari Sri Lanka.



Tuan punya majlis adalah yang berbaju belang merah, takkanlah yang bebaju melayu unggu tu pulak. Jejaka yang berbaju melayu unggu itu adalah seorang blogger, nazreyAlMuhandis



Antara menu yang disediakan dalam majlis ini adalah meehoon special, sedap ni~ sehingga menjilat sudu dan garfu, thebudoks lihat semua makan dengan sudu/garfu, jadi tak adalah yang menjilat jari.



Semestinya anda semua harus mencuba karipap ini, inti karinya sungguh enak. Apa lagi, jom la makan, jangan malu malu.



Kueh ini pun rugi kalau tak dicuba, sedap juga ni.



Jangan risau, stock air ada banyak. Air kopi dan teh susu dibancuh khas oleh kak Nisa dan Kak Ham.



Cawan pun di sediakan, tersusun rapi. Pilih saja yang mana satu.



Sesi menjamu selera bermula, silakan semua, buat macam pantry sendiri ok.



Tambahla, ada banyak lagi meehoon tu, jangan segan segan.



Ramai staf hadir untuk memeriahkan majlis, doktor,radiologist,jururawat,pembantu perawatan kesihatan,radiographer,pembantu tadbir. pelatih pelatih dari Masterskill, Uitm, dan Kist juga turut hadir.




Masa makan mesti beradab, posing sudah semestinya. Photographer ligat mengambil gambar



Peace! pose jika sudah siap makan. mungkin juga pose kekenyangan, hehe, jangan marah~



Ok, setelah selesai semua, apa lagi. Cuci lah pinggan dan cawan yang telah digunakan.
Jejaka yang membasuh sendiri mungkin menjadi pilihan untuk dijadikan menantu. kan2?



Akhir sekali, mestilah sambung balik kerja kita. macam pernah nampak pulak gambar ni tapi di mana nya? sini

chow semua, jangan marah~



2 comments

-gedek! | 14 April 2012 at 16:53

ramainya misi...

i love girls in uniform! Auuummm!