~makanan penguat minda~

| 4 comments
Volkswagen Polo Sedan!
Samsung GlobalBlogger!




Ikan
sumber makanan ini sudah lama dikenali sebagai juadah minda. otak manusia merangkumi 60% lemak. ikan mengandungi asid lemak omega-3 membantu meningkatkan ingatan dan fungsi otak secara kesuluruhan. ikan mengandungi asid docosaexaenoic (DHA), yang penting untuk fungsi normal neuron. aisd lemak omega-3 juga membantu jantung,ia juga adalah kompenen otak, jadi ia juga bleh membantu dalam meningkatkan fungsi sel otak. beberapa spesies ikan seperti herring,salmon,tuna,tenggiri dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 tertinggi. semakin rendah kandungan omega-2 dalam tubuh seseorang, semakin rendah daya ingatan mereka.



Buah Beri
kaya dengan anthocyanin,phytochemical (fitokimia).beri juga mengandungi quercetin (untuk melingdungi dari alzheimer, yang dialami secara perlahan ketika peningkatan usia) membantu fungsi sel sel otak. Bluberry,raspberry,epal dan anggur berwarna gelap juga bagus untuk diambil sebagai diet harian bagi meningkatkan daya ingatan.



Sayuran Hijau
makanan dalam kumpulan ini terutama jenis cruciferous mampu membantu meningkatkan daya ingatan anda. ini termasuklah kubis,tauge, daun salad, bayam, dan banyak lagi sayuran berdaun. ia bukan saja dipenuhi dengan elemen meningkatkan memori malah banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu menjaga tubuh badan dan kesihatan yang optimum. ia mengandungi juga asid folik yang mempunyai hubungan langsung dengan daya ingatan dan kesihatan otak. ia terbukti dapat melindungi memori, membuat pemprosesan maklmat dan daya ingatan yang baik.



Kacang
kacang mengandungi banyak vitamin E dan B6, omega-3, yang boleh membantu kekuatan mental.



jika anda mengambil makanan segera, makanana yang diproses, maka peluang untk anda menjadi pelupa atau kurang daya ingatan amatlah tinggi. Tidak saja kepada yang berusia yang kerap berhadapan dengan masalah itu, malah turut dialami remaja.




4 comments

Khairul Bakhtiar | 24 April 2012 at 12:58

Bab kacang tu, untuk mereka yang dah ada sakit Gout, kena elakkan. But overall it's a good info.

RazFiRa | 28 April 2012 at 16:38

ok.. lepas ni nak makan kacang banyak2.. hihi

sudipVSsenduk | 29 May 2012 at 11:43

patut le cepat lupa, hihihi