~ BBQ @ berbuka ~

| 6 comments
~Arte~

baru-baru ini majlis berbuka puasa BBQ dan perpisahan pelajar pelatih telah berlansung.
thebudoks pun turut menghadirkan diri ke majlis tersebut. kalau bab makan memang laju. majlis berlansung di Matang jaya, orang-orang di sini memang berfikiran matang dan berjaya. 


en. Asri dan kaki kipas (kaki bodek) tengah siapkan unggun api. gurau-gurau jangan marah. azizul nama yang pegang kipas tu.


thebudoks pun gatal tangan nak main api. aik? mana kipasnya. hilang sudah! 


Setalah azan berkumandang, berbuka dahulu dengan kurma yusuf tayyob dan air oren.sini 6.55pm dah sungkey(berbuka). jangan  jealous .


Sambung bakar arang, nanti kempunan pula nak makan BBQ, arang  tidak berbara lagi.


Solat magrib berjemaah dan solat sunat hajat di-imamkan oleh en.Asri. Alhamdulillah. Boleh jadi calon menantu ni, betul tak makcik-makcik, pakcik-pakcik di luar sana tu? 


Ni geng-geng dapur merangkap chef Fafau,Fairuz Fuyyo,Jesnita dan Chef Mee,
dengan resipi "Mee Hoon goreng kicap masak pedas kuali besar sedap sehingga tambah dua tiga pinggan",
pergh~ panjang betul nama.


Ni lah hasilnya, Mee Hoon aaaaa, lupa dah nama dia tadi. panjang sangat nama.


Sementara itu, di lokasi pembakaran telah dikerumuni kaki-kaki bakar, kipas tanpa mempedulikan asap yang berkepul kepul memenuhi ruangan. Ayam, sosej, dan udang habis disalai.



Tuan rumah memotong buah tembikai dengan teliti. Belilah buah buahan tempatan ini, kaya dengan vitamin A.


Wah~ juadah BBQ yang enak sekali, mee hoon, ayam bakar, udang bakar, sosej bakar, puding, kekacang, dan twisties.


Tembikai dan tembikai susu jangan lupa, pencuci mulut yang berkhasiat ni.


Jom layan gambar-gambar yang ada~


Posing sambil bakar ayam


Din khusyuk membelek ayam di atas bara



En.Asri membakar sosej dengan kerusi ajaibnya. wow!




chow~







6 comments

-gedek! | 7 August 2012 at 00:41

apasal api tu warna purple pulak?

qasehraihan | 7 August 2012 at 00:45

wah meriahhhh!!eheh

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/tudung-raya.html

budoxesquire | 7 August 2012 at 00:45

camera nightmode hehe~ tu yang lain macam je colour dia

budoxesquire | 7 August 2012 at 04:51

aaa~ memang meriah qaseh.. buke ramai2 best

mamawana | 7 August 2012 at 05:49

bestnyer suasana gini

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/lovely-iftar.html

budoxesquire | 8 August 2012 at 19:35

tu la~ ramai2 buke dgn member. terbaik!