~ selamat tinggal ramadhan 1433H ~

| No comment yet

Sesungguhnya Ramadhan akan meninggalkan kita tidak berapa jam sahaja lagi, Orang yang beriman dan merasai keistimewaan Ramadhan akan menangis tatkala berpisah dengan tetamu agung Ramadhan ini. Ramadhan adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW yang tidak diperolehi oleh umat yang sebelumnya. Ramadhan umpama sekolah latihan. Ia membentuk perangai dan peribadi dan menghapus dosa. indikator pengukur apakah ramadhan yang kita lalui benar2 membuahkan hasil adalah dilihat bagaimana cara hidup kita selepas berakhirnya ramadhan dan 11 bulan yang berikutnya. antara kesan ramdhan kepada kita setelah berakhirnya bulan Ramadhan adalah:

  • Tidak mudah membuat dosa 

    Sebulan latihan ini kita hanya berhadapan dengan hawa nafsu kita sendiri kerena syaitan iikat. ini adalah rahmat daripada Allah SWT supaya seorang mukmin lebih mampu mengawa nafsunya. Nafsu yang berjaya dilentur dalam Ramadhan tidak berupaya menjerumuskan orang2 yang berpuasa untuk mengekalkan dosa2nya sebelum ini. Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raaf ayat 40 yang bermaksud:
      "Sesungguhnya orang orang yang mendustakan ayat ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali kali tidak akan dibukakan pintu pintu langit dan tidak (pula) mereka boleh masuk ke dalam syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang orang yang berbuat kejahatan."
  • Berhati-hati dalam bersikap dan bertindak

    Dalam Ramadhan kita tidak berminat hendak bercakap banyak disebabkan suasana Ramadhan tersebut sendiri adalah hening dan menginsafkan. Ibadah iktikaf pula melazimkan kita supaya mengurangkan pergaulan yang tidak perlu. Kita dituntut berhati-hati menggunakan pancaindera kagar tidak merosakkan pahala berpuasa. Sikap berhati-hati inilah yang perlu dikekalkan sepanjang tahun. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Isra' ayat 36 yang ertinya:
      "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangya. Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggung jawabkan (pada hari akhirat)."
  • Bersikap jujur

    Suatu yang aneh hasil beriman dalam berpuasa ialah seseorang yang berpuasa tidak makan atau minum walaupun dia bersendirian. Padahal dia berkesempatan mencuri makan atau minum. ini juga merupakan rahmat Allah kerana telah menjadikan puasa berlaku serentak seluruh dunia.
    Hasilnya seseorang itu akan jujur kepada Allah walaupun dia keseorangan. Apabila seseorang itu jujur dengan Allah SWT maka dia akan turut sama jujur kepada ibu bapa, suami isteri, guru, anak, rakannya, majikannya atau pekerjanya.
      Hendaklah kamu semua bersikap jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga. Seseorang yang selalu jujur dan mencari kejujuran akan ditulis oleh Allah sebagai orang yang jujur. Jauhilah dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kederhakaan dan sesungguhnya kederhakaan itu akan menunjuki manusia ke neraka (hadis riwayat Bukhari)
  • Semangat berjemaah

    Ibadah Ramadhan ditunaikan secara serentak di seluruh alam. Bermula dari melihat anak bulan, waktu subuh,waktu berbuka, solat tarawih dan solat lima waktu. Kesemua itu dituntut secara berjemaah. Maka semua Mukmin dituntut supaya hidup secara berjemaah. Berjemaah dlam kesatuan aqidah dan tidak berpecah kerana fahaman sekular, atheis, anti hadith dan fahaman liberal. Firman Allah dalam surah as-Saf ayat 4, bermaksud:
      "Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh".
  • Berupaya mengawal diri

    Semasa menghayati Ramadhan kita dituntut bersolat tarawaih dengan mendengar bacaan imam sepenuh al-Quran. Tarawih yang bererti rehat bantu merehatkan jiwa dengan mendengar pesanan Allah melali kalam suci-Nya. Ini adalah sesuatu yang hebat kerana ianya telah di sistemkan, bahawa semua Mukmin dituntut hadir ke mashid dan mendengar firman Allah secara keseluruhannya dalam solat tarawih. Mukmin diingatkan supaya mengawal diri dan membetulkan dirinya. Untuk tujuan mendengar bacaan dalam tarawih, maka mereka dituntut bersederhana makan semasa berbuka. Jika tidak kita tidak akan mengantuk dan letih hingga hilang nikmat tarawih.

    Maka keupayaan mengawal diri dengan mendengar nasihat Allah dan Rasul melalui slot tazkirah dan kuliah sewajarnya diteruskan pada sepanjang tahun. Jika kita terus mendengar nasihat denga hati yang terbuka, maka kita tidak akan tergolong dalam kalangan mereka yang ada hati tetapi menolak nasihat dari Allah dan rasul-Nya.

    Firman Allah dalam Surah al-Anfaal ayat 179 yang bermaksud:
      "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan mereka dari jin dan manusia, mereka mempunyai hatim tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lalai".

    Dengan berakhirnya bulan Ramadhan diharap mukmin yang berjaya menghayati Ramadhan dengan iman dan mengharapkan redha Allah maka lahirnya mereka kembali kepada fitrah, bersih dari segala dosa dan noda setelah Allah ampuni segala dosanya. Justeru Taqwa yang dicapai melalui institusi pendidikan (tarbiyah) Ramadhan ini perlu terrus disuburkan dengan meningkatkan usaha dan kerja dakwah, mengajak kepada yang maaruf, mencagah kemungkaran dan bersungguh mendaulatkan Islam diasat muka bumi ini dan menentang segala kerja jahat musuh musuh Islam yang cuba mengagalkan kemenangan Islam. Semoga Allah SWT menerima puasa dan segala amalan baik yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini dan berdoa agar Allah panjangkan usia kita untuk bertemu lagi bulan Ramadhan di tahun akan datang. Wallahualam.