~ all about pattaya ~

| 2 comments


Nasi goreng pattaya, atau nasi pattaya, adalah hidangan Malaysia yang dibuat dengan membungkus nasi ayam goreng dengan telur goreng. Ia sering dihidangkan dengan sos cili, timun, dan / atau keropok. Namanya diambil daripada sebuah tempat yang bernama Pattaya, Thailand.


nasi goreng pattaya


Di Indonesia pula dikenali sebagai nasi goreng nasi goreng amplop (nasi goreng yang dibungkus), disebab nasi goreng tersebut dibungkus dengan omelet telur. 


nasi goreng amplop

Hidangan yang sama juga wujud di Jepun, ianya dipanggil Omuraisu (dari perkataan Inggeris omelette (Omuretsu) dan rice ). Ia nasi goreng berperisa kicap diapit dengan telur omelet tadi.


Omuraisu

Resipi daipada jintanmanis.com


Bahan-bahanya

sedikit kobis- dihiris halus
1/2 cawan mix vegetable
sedikit dada ayam - dihiris kasar
seulas bawang putih - dihiris
4 batang kacang buncis ( dihiris halus)
1 1/2 cawan nasi
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 ulas bawang merah - cincang ( ros guna bawang besar cincang)
3 biji telur (sebiji di masukkan dalam nasi dan  2biji  lagi untuk disalut pada nasi goreng nanti)
garam
sedikit lada sulah
minyak masak
( 2 biji telur yang akan di salut pada nasi goreng tu ros campurkan dengan 1 sudu besar susu bagi menambahkan lagi rasa pada telur dadar tu nanti)
Cara-cara

1. Mula-mula panaskan minyak, dan tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih, bila naik bau dan agak garing masukkan isi ayam.
2. Kemudian masukkan mix vegetable, kobis dan sos cili, kacau sebati, ketepikan sedikit semua bahan tumis, dan pecahkan sebiji telur dan hancurkan.
3. Masukkan nasi, lada sulah dan garam. gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang buncis dan biarkan seketika, angkat dan ketepikan.
5. Pukul telur dengan 1 sudu besar susu dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.
6. Layangkan fry pan supaya telur masak sekata dan bagi mendapatkan permukaan telur dadar yang lebar..
7. Masukkan 1 setengah senduk nasi gorent tadi,  di tengah-tengah telur dan lipat kemas.  tutup api.
8. Terbalikkan nasi goreng yang siap dibalut tadi di atas  pinggan dan letak sos cili atasnya. Paipkan sos cili mengikut kreativiti masing-masing, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

rock starz @ art

| No comment yet

rock star lee with squire classic vibe

artwork by tas >>>>>here<<<<<


~ lee in da candyland @ black & white ~

| No comment yet

Lee In Da CandyLand artwork by tas

click >>>>>this<<<< for coloured version

~wordless @ wednesday?~

| No comment yet



artwork by tas >>>here<<<