menu mamak

| 8 comments

satu lagi menu biasa kalau lepak dekat mamak sambil tengok bola, 
baru-baru ni liga super dah menutup tirainya 
JDT sebagai juara musim ini

apakah menu-nya?
inilah namanya nan cheese. memang terbaik! 
kuahnya tak kisah kari atau dal, dua-dua sedap. 
airnya pulak, kopi susu kambing air
pergh~ memang sedap. 

apa pulak menu korang kalau pergi mamak?







lukisan digital

| 8 comments
assalamualaikum semua, hari ini lee nak kongsikan
tiga buah lukisan digital yang dilukis sehari dua ini.
aplikasi yang diguna adalah adobe photoshop
dilukis menggunakan tablet pen wacom intuos


'kanak2 dan layang2'



'mancing di lubuk'


'pencak silat'

rasa best pula lukis ringkas2 macam ni lepas itu 
tambah screen-tone
lukisan banyak lagi kena baiki. melukis pakai tablet ni kena selalu praktis kalau tak, kekok jadinya sebab tak sama lukis di kertas dan di komputer. lain feel-nya.

ok sekian sajalah coretan kali ini

jumpa lagi pada post akan datang.
nanti lee kongsikan lagi lukisan.

insya-Allah



sarapan

| 12 comments

sarapan tipikal di pagi hari kalau pergi mamak
roti kosong 2 keping + teh tarik


coretan ogos

| 8 comments

 tatkala budak rumah pulang ke kampung
tinggallah aku seorang diri
tiada lagi terpekik terlolong
sunyi sepi hingga ke pagi

kemanakah arah tuju ku selepas ini
masa kedepan tiada tahu
minit dan saat berlalu pergi
bagaimana nasibku siapa tahu

sudah tiba masa ku pergi
meninggalkan tempat menabur bakti
pulang kembali tempat sendiri
akhiri kisah rantauan ini