fitbit zip & puma watch

| No comment yet
السلام عليكم


inilah mainan terbaru blee, fitbit zip
setelah 2 bulan tak jogging dan swimming
sempena ramadhan & syawal
setelah pelbagai juadah telah ditelan tanpa belas kasihan
 terhadap perut, jadi belilah activity tracker ni


inilah rupa dia keluar dari kotak,
ada clip, fitbit, bateri , dongle usb dan alat untuk tukar bateri


ini cara-cara nak masukkan bateri ke dalam fitbit tu.

sebenarnya selum ni blee guna apps saja untuk activity tracking
seperti nike running, strava, endomondo dan sebagainya

sebab dia guna apps phone, 
semestinya kena bawa phone nak jogging kan?
 bateri phone cepat habis sebab kena 
buka gps untuk track.




fitbit zip ni pula bersaiz kecil, bole sangkut je kat poket, tali pinggang, sweater atau letak je dalam pouch bag.


ini specifikasi fitbit zip


ok setelah habis aktiviti boleh sync kan dengan apps pada phone atau dekat laptop
(tak perlu bawa masa jogging)
balik rumah terus buka bluetooth phone dan buka apps
dekat laptop pula sambungkan usb dongle dan sambungkan pada internet

senang kan?


lepas tu gandingkan pula dengan jam heart rate ni

'puma optical heart rate'

step+kalori+distance+heart rate=terbaiklah!!

tak perlu beli jam beribu untuk fungsi ini

kedua-dua ni tak sampai seribu pun

ok sekian sahaja 
perkongsian kali ini 

jumpa lagi

إن شاء الله