Recents in Beach

argh!!!

pada suatu petang yg hening, angin nya bertiup sepoi2 bahasa..
selapas solat asar aku bejalan pulang ke rumah.. tiba2,
ku terdengar bunyi,"buzz..."
arakian itu maka aku terus mempercepatkan langkahku,
namun, bunyi tersebut masih terngiang2 di telinga ku.
aku cuba untuk menghambat serangga itu di telingaku.
"pap!aduh rasa tertusuk sakit di belakang telingaku!"
satu batalion tebuan mengejarku, aku pun terus berlari bagaikan lipas kudung ke rumahhku.
tiba di rumah, aku sedar aku telah di sengat lebih kurang lima ekor tebuan.
"nyut,nyut,nyut", berdenyut sakitnya.
aku pun terus menelefon ibuku di hospital. ibuku menyuruhku ke hospital tengku ampuan afzan.
aku menerima 3 suntikan daripada jururawat di sana. aku telah disuruh untuk tinggal sementara di Observation Ward. Pukul sepuluh malam baru aku boleh pulang ke rumah.
Aku bersyukur kerana tiadalah perkara yang teruk berlaku terhadap diriku.
kejadian ini berlaku pada 13 julai 09.

Post a Comment

0 Comments