Recents in Beach

~ berbuka @ hartz chicken buffet ~

~Arte~
Sempena ramadhan ini, marilah kita bersama-sama keluarga, rakan-rakan berbuka bersama sambil mengeratkan lagi silaturahim. Kali ini kami yang berada di perantauan berbuka bersama sama, yang masih bujang terutama sekali berbuka puasa di Hartz Chicken Buffet, Kuching Sarawak.



Pintu masuk Hartz Chicken Buffet


Kaunter pembayaran, bayaran untuk dewasa RM19.90, perlu booking dahulu sekiranya ada ramai pelanggan. sekiranya bernasib baik tidak perlu booking.


Poster besar, macam-macam ada.


"all you can eat" buffet. dengan kata lain bedal sampai pecah perut. amboi!  bulan puasa ni, sederhana sudah.pilih saja mana yang patut.


spicy chicken, crispy chicken, rotisserie chicken & hot wing, yeast roll, garlic bread,  dan  fruit cobbler, pilih-pilih jangan segan.


oyster chicken, fry pasta, fiesta chicken, chicken country stew, mashed potatoes, brown gravy, white gravy, chicken vegetables stew, candied yam, dan bread casserole. nah! ambillah semua ni kalau mampu telan.


Salad dan buah-buahan segar. Di simpan atas ais tu~


Siapa suka makan sayur mesti makan semua ni.


tembikai, nenas, tembikai susu, macaroni pun ada~


sebelum berbuka, kosong saja meja


masa dekat-dekat nak berbuka puasa, semua mengambil hidangan masing-masing.


penuh sudah meja dengan pelbagai juadah berbuka puasa.


Selamat berbuka puasa semua.

ok sampai sini saja, kalau sahur ada juga ke orang buffet ? jumpa lagi.









Post a Comment

1 Comments

budoxe said…
hah kantoi~