Recents in Beach

Punca rantai motosikal putus

Kebanyakan pemilik kenderaan sering tidak mengambil berat perihal motosikal mereka. Apa yang penting bagi mereka,  selagi motosikal itu boleh bergerak maka tiada masalah dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.


Sehinggalah motosikal tersebut mengeliarkan bunyi yang tidak sedap didengar,  barulah pemilik mengambil perhatian dan mula risau dengan keadaan motosikal mereka.

Apabila diperiksa didapati bunyi tersebut datang dari rantai motosikal dan rantai itu pula hampir putus dan ada juga yang telah putus.

Ketika itu timbul persoalan demi persoalan. Bagaimana rantai motosikal itu boleh terputus dan apakah punca sebenarnya serta apakah langkah terbaik untuk mengelakkan ia daripada terputus.



Banyak punca menyebabkan rantai boleh terputus dan tidak tahan lama. Antaranya ialah pemilik kurang memberi penjagaan terhadap keadaan rantai sehingga menyebabkannya kering selain daripada menunggang dengan laju dan memotong rantai yang semakin haus.

Perkara ini menyebabkan fungsi rantai bersama gegancu (gear)  terganggu dan mudah putus akibat geselan yang tidal sempurna.

Sebenarnya penjagaan rantai sangat mudah dan pemilik hanya perlu memastikan ia sentiasa berminyak dan tidak kering. Antara faktor-faktor yang menyebabkan rantai mudah kering adalah disebabkannia sering terkena air.

Sekiranya rantai menjadi kering, ia cepat panas dan haus sehingga menyebabkan ia menjadi longgar. 

Rantai yang kering atau rosak selalu berdesing atau tersangkut dan sekiranya ia berlaku periksa dahulu rantai atau setiap sambungan rantai. 

Pemilik juga perlu sentiasa meminyakkan rantai dengan minyak rantai (chain lube) dan elakkan daripada menggunakan minyak hitam kerana minyak tersebut mungkin mengandungi bahan logam haus dari enjin. 


Selain itu,  pemilik juga perlu membersihkan rantai selepas melalui jalan raya yang berhabuk kerana debu jalanan yang melekat pada rantai boleh mempercepatkan kehausan serta memendekkan usia rantai. 

Rantai yang kendur tidak digalakkan dipotong dan disambung semula. 
Rantai seharusnya ditukar sekitar 60,000km, bagaimana pun bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran. 

Oleh itu, pemilik hendaklah sentiasa memeriksa rantai dan memastikannya licin dan senyap semasa memusingkan tayar belakang. 

Setiap motosikal mempunyai penanda kehausan rantai pada hujung gandar belakang.

Satu lagi tanda kehausan rantai dan perlu ditukar adalah apabila rantai tidak muat dengan gegancu motosikal. 

Ini menyebabkan ia bergesel dengan kuat sehingga menhasilkan bunyi bising dan menyebabkan rantai beralih daripada gegancu. 

Oleh yang sedemikian amatlah penting untuk pemilik motosikal untuk tidak mengabaikan penyelengaraan rantai motosikal kerana ia boleh berbahaya dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 

Sumber:
Persatuan keselamatan pengguna KL





Post a Comment

2 Comments