~pokok tumbuh di dept?~

| No comment yet
ChurpChurp!!~

ya itulah kenyataannya.
baru baru ini dept telah di gemparkan dengan tumbuhnya tumbuhan aneh
berwarna warni buahnya.
siapa la agaknya yang tanam pokok pokok nih?


jangan main main, atas meja pun boleh tumbuh~
setelah sekian lama menyiasat...
rupanya~


staf staf ni rupanya yang buat~
seronok pula tengok diorang ni menghias hias pokok ni.
dulu lain pula hiasannya, hehe.
hah hiaslah korang sepuas puasnya.


letak semua hiasan hiasan yang ada, rugi beli kalau tak pakai..
tekun betul mereka menghias pokok.
setahun sekali, kata mereka.


kaunter depan pun mereka hias juga, wah wah wah.. semua tempat nak hias.. ish~
tak pe, nak mencantikkan suasana kerja. lagi bersemangat nak kerja kan?
walaupun ada yang Frust dengan SBPA. hehe.

ok lah nk chow dulu~
kerja elok elok semua~




~ekspedisi @ seashore~

| 2 comments
[klik2]iPhone4s launched!
[klik2]Samsung Galaxy W!


pada hujung minggu yang lalu,
maka bermulalah perjalanan anak-anak muda jejaka-jejaka bujang melewati jalan raya menuju ke destinasi.



ya, ini lah destinasinya..
namun hampa seketika kerana alunan ombak buas memukul pantai.
hajat ingin berenang-renang di pantai hancur luluh. angin deras menderus, sejuknya menusuk tulang rusuk.



turut membantutkan rancangan apek ini hendak naik jetski.
pergh! ada sebijik nih best juga. ada sesiapa nak sponsor ke?
inilah kisah kami di lokasi pertama @ kg.pasir pandak
makan ayam panggang je la kami tepi pantai.



ok! next~ kitorang bergerak ke lokasi kedua, dengan pantas kami memecut ke kg.buntal yang berdekatan. ini lah pantainya. kat sini kami pun jalan-jalan,lepak-lepak beli kueh cucur jawa, dengan cucur udang. makanlah kami kueh-kueh ini.



apa lagi, posing2 je la budak-budak nih. nak mandi dah malas. kenyang makan semua berebut nak bergambar. ahha! zul,usop,dan zul.



ceh! cakap orang, diri sendiri pun nak juga join sesi posing beramai-ramai di tepian pantai. apa-apa pun kami enjoy. ok lah. chiaw dulu. balik woi! nak magrib dah ni.




~pesta @ pantry~

| No comment yet
[klik2]Clean&polish with maxshinecentre


ahha! inilah dia kaki2 makan kat dept. pantang di ajak terus bedal,
aku pun sama gak. sapa yang xnk kn. rezeki tuh.
dept ni mmg slalu buat makan2. x kira la farewell ke, pencen ker, tiap2 bulan ada.
baik sungguh ketua jabatan kat sini kan.


nilah juadah2 dia. walaupun ringkas tapi memang dapat sambutan ramas.
makanan gerenti habis nyer. almaklum lah staf nya bukannya sikit.
jom pakat2 bedal..


pergh! kuah kacang best wo. ni buat sendiri ni. staf kat sini yang buat.


lemang2.. walaupun dah abes musim perayaan. lomang totap ado. apo laie.. jom la makan!


nasi himpit pon ado nih! silakan2 jangan malu2. buat macam dept sendiri.


pencuci mulut pun disediakan. jgn lupa makan sebelum sambung keje balik ok!
alamak bos dah marah!
chiao dulu..
selamat makan semua~