Majlis Tilawah Al-Quran Ke-35

| No comment yet

Petra Jaya : Pada 17 - 20 Mei 2012 bersamaan 25 - 28 Jamadilakhir 1433H berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran ke-35 disamping Pertandingan Nasyid & Seminar Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam, anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP). Berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negari Lama.


Pada 19 Mei 2013, Sabtu, berlanngsungnya pertandingan Nasyid dari kumpulan-kumpulan nasyid PERKIP Bahagian dan Daerah dari seluruh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Setiap kumpulan mempertandingkan 1 lagu wajib dan 1 lagu pilihan. Sebanyak 22 kumpulan nasyid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sebelah malam pula berlansungnya Majlis Tilawah Al-Quran hari kedua, seramai 12 orang perserta Qari dan Qariah telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam tersebut.


Antara peserta yang memersembahkan nasyid pada hari tersebut


Peserta lain yang membuat persembahan


Para hadirin yang menghadiri majlis ini, dari seluruh negeri sarawak. 

Pada 20 Mei 2012, Ahad, berlansung pula Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Perlancongan Negeri Sarawak merangkap Penaung Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Negeri Sarawak.


Juara Qari membacakan ayat-ayat suci Al-Quran


Juara Qariah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran


Juara pertandingan nasyid membuat persembahan, dari PERKIP cawangan Limbang.


Para delegasi dan pegiring yang hadir pada majlis penutup.


Majlis penyampaian trofi dan hadiah kepada para peserta pertandingan.

Majlis juga dihadiri oleh Ybhg, Dr Zulkifli B Jantan, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Tn Hj Ahmad b Abdul Hamid Timbalan Pegarah Kesihatan (Pengurusan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk MTQ ke-35, Yang Berusaha Dr. Kamaruddin B Lajim, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MTQ ke-35 dan Presiden PERKIP Negeri Sarawak, Tuan Hj. Azhari B Hj. Sobet.



Delegasi PERKIP cawangan Kuching, JKNS yang berbaju merah mendapat tempat ke-3 dan Hospital Umum Sarawak berbaju biru tempat ke-4. 

Tahniah diucapkan kepada semua. Jumpa lagi tahun hadapan~