~ family day @ badminton ~

| 6 comments
VWPoloSedan!

Kuching: Buat julung kalinya, jabatan pengimejan diagnostik HUS menganjurkan Family Day @ Pertandingan Badminton. Pertandingan badminton ini bertampat di Sentosa Sport Center, Stakan. Semua staff di bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C, dan D. Kumpulan A berjersey putih, B berjersey Biru, C berjersey merah dan D berjersey hitam. Format pertandingan berdasarkan point. Pasukan menang akan mendapat point. Jumlah keseluruhan point tersebut akan menentukan kemenangan.

antara gambar-gambar pertandingan tersebut, layan~

court yang di tempah

pertandingan bermula!

posing dulu, sebelum sampai giliran

antara perserta-peserta yang hadir

pelapis squad badminton turut beraksi


HOD pun posing juga, jangan jeles yang lain
juara pertandingan, kumpulan C 


Honey Goat's Milk

| No comment yet



Selalunya, apabila kita menyebut susu, kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatn dan khasiatnya jika di bandingkan dengan dengan susu lembu. dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadam kerana molekul lemaknya lebih kecil.

Susu kambing berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab yang boleh menyebabkan astma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.

Susu kambing juga mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah kepada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi permukaan lapisan perut dari rosak.

Kelebihan susu kambing vs susu lembu
- protein 2.1 x ganda
- zat besi 2 x ganda
- vitamin A 3.8 x ganda
- kalsium 2.2 x ganda
- potassium 2.1 x ganda
- garam galian 2 x ganda
- tinggi dengan selenium

thebudoks juga ada stock susu kambing jika berminat sila emel thebudoks_inc@yahoo.com 
atau message Facebook thebudoks

~makanan penguat minda~

| 4 comments
Volkswagen Polo Sedan!
Samsung GlobalBlogger!




Ikan
sumber makanan ini sudah lama dikenali sebagai juadah minda. otak manusia merangkumi 60% lemak. ikan mengandungi asid lemak omega-3 membantu meningkatkan ingatan dan fungsi otak secara kesuluruhan. ikan mengandungi asid docosaexaenoic (DHA), yang penting untuk fungsi normal neuron. aisd lemak omega-3 juga membantu jantung,ia juga adalah kompenen otak, jadi ia juga bleh membantu dalam meningkatkan fungsi sel otak. beberapa spesies ikan seperti herring,salmon,tuna,tenggiri dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 tertinggi. semakin rendah kandungan omega-2 dalam tubuh seseorang, semakin rendah daya ingatan mereka.



Buah Beri
kaya dengan anthocyanin,phytochemical (fitokimia).beri juga mengandungi quercetin (untuk melingdungi dari alzheimer, yang dialami secara perlahan ketika peningkatan usia) membantu fungsi sel sel otak. Bluberry,raspberry,epal dan anggur berwarna gelap juga bagus untuk diambil sebagai diet harian bagi meningkatkan daya ingatan.



Sayuran Hijau
makanan dalam kumpulan ini terutama jenis cruciferous mampu membantu meningkatkan daya ingatan anda. ini termasuklah kubis,tauge, daun salad, bayam, dan banyak lagi sayuran berdaun. ia bukan saja dipenuhi dengan elemen meningkatkan memori malah banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu menjaga tubuh badan dan kesihatan yang optimum. ia mengandungi juga asid folik yang mempunyai hubungan langsung dengan daya ingatan dan kesihatan otak. ia terbukti dapat melindungi memori, membuat pemprosesan maklmat dan daya ingatan yang baik.



Kacang
kacang mengandungi banyak vitamin E dan B6, omega-3, yang boleh membantu kekuatan mental.



jika anda mengambil makanan segera, makanana yang diproses, maka peluang untk anda menjadi pelupa atau kurang daya ingatan amatlah tinggi. Tidak saja kepada yang berusia yang kerap berhadapan dengan masalah itu, malah turut dialami remaja.




~farewell @ pantry II~

| 2 comments
Churp Makin Panas!
Gin & Jacqie Bags Cool!

Kuching: sebuah jabatan pengimejan diagnostik telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan pemergian Dr Pavan yang berasal dari Sri Lanka.



Tuan punya majlis adalah yang berbaju belang merah, takkanlah yang bebaju melayu unggu tu pulak. Jejaka yang berbaju melayu unggu itu adalah seorang blogger, nazreyAlMuhandis



Antara menu yang disediakan dalam majlis ini adalah meehoon special, sedap ni~ sehingga menjilat sudu dan garfu, thebudoks lihat semua makan dengan sudu/garfu, jadi tak adalah yang menjilat jari.



Semestinya anda semua harus mencuba karipap ini, inti karinya sungguh enak. Apa lagi, jom la makan, jangan malu malu.



Kueh ini pun rugi kalau tak dicuba, sedap juga ni.



Jangan risau, stock air ada banyak. Air kopi dan teh susu dibancuh khas oleh kak Nisa dan Kak Ham.



Cawan pun di sediakan, tersusun rapi. Pilih saja yang mana satu.



Sesi menjamu selera bermula, silakan semua, buat macam pantry sendiri ok.



Tambahla, ada banyak lagi meehoon tu, jangan segan segan.



Ramai staf hadir untuk memeriahkan majlis, doktor,radiologist,jururawat,pembantu perawatan kesihatan,radiographer,pembantu tadbir. pelatih pelatih dari Masterskill, Uitm, dan Kist juga turut hadir.




Masa makan mesti beradab, posing sudah semestinya. Photographer ligat mengambil gambar



Peace! pose jika sudah siap makan. mungkin juga pose kekenyangan, hehe, jangan marah~



Ok, setelah selesai semua, apa lagi. Cuci lah pinggan dan cawan yang telah digunakan.
Jejaka yang membasuh sendiri mungkin menjadi pilihan untuk dijadikan menantu. kan2?



Akhir sekali, mestilah sambung balik kerja kita. macam pernah nampak pulak gambar ni tapi di mana nya? sini

chow semua, jangan marah~