~ farewell @ Radiology HUS ~

| 5 comments

Majlis makan makan bermula lagi di HUS. Tiap tiap bulan ada makan bak kata Miss Foo. Sudah semestinya, kali ini giliran Dr. Jullian pula meninggalkan jabatan. Beliau akan ke HUSM, untuk menghabiskan tahun akhir sebelum menjadi Radiologist.



Hidangan kali ini adalah Meeteow goreng, terbaik ni, sedap hingga menjilat sudu garfu. Terimah kasih diucapkan kepada katerer yang menydiakan hidangan.


Tembikai ni manis sangat, buat pencuci mulut memang terbaik. Siap dipotong bentuk ikan lagi tu. Bagus untuk kesihatan tembikai ni, kaya dengan vitamin A kalau tak silap.


Jamuan kat sini tak sah kalau tiada nasi himpit, apa lagi serbu la, mesti korang terliurkan. Ambil semua jangan malu malu.


                           
Ambillah kuah kacang ni, tak lengkap juadah nasi himpit tanpannya. Sedap ni, rugi kalau tak cuba.


Puding pun ada, selepas makan Meeteow bedal ni pulak, terbaik~


Stock air cukup untuk semua, teh susu terbaik daripada Lipton. Kalau tak cukup buat sendiri kat pantry


HOD memberi kata kata aluan dan penghargaan kepada Dr. Jullian, serious sekali wajahnya.



Antara staff yang hadir pada majlis perpisahan tersebut, staff kalau bab makan laju, termasuk la thebudoks.Di harap dapat bertemu lagi.
Ciao~


Majlis Tilawah Al-Quran Ke-35

| No comment yet

Petra Jaya : Pada 17 - 20 Mei 2012 bersamaan 25 - 28 Jamadilakhir 1433H berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran ke-35 disamping Pertandingan Nasyid & Seminar Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam, anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP). Berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negari Lama.


Pada 19 Mei 2013, Sabtu, berlanngsungnya pertandingan Nasyid dari kumpulan-kumpulan nasyid PERKIP Bahagian dan Daerah dari seluruh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Setiap kumpulan mempertandingkan 1 lagu wajib dan 1 lagu pilihan. Sebanyak 22 kumpulan nasyid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sebelah malam pula berlansungnya Majlis Tilawah Al-Quran hari kedua, seramai 12 orang perserta Qari dan Qariah telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam tersebut.


Antara peserta yang memersembahkan nasyid pada hari tersebut


Peserta lain yang membuat persembahan


Para hadirin yang menghadiri majlis ini, dari seluruh negeri sarawak. 

Pada 20 Mei 2012, Ahad, berlansung pula Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Perlancongan Negeri Sarawak merangkap Penaung Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Negeri Sarawak.


Juara Qari membacakan ayat-ayat suci Al-Quran


Juara Qariah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran


Juara pertandingan nasyid membuat persembahan, dari PERKIP cawangan Limbang.


Para delegasi dan pegiring yang hadir pada majlis penutup.


Majlis penyampaian trofi dan hadiah kepada para peserta pertandingan.

Majlis juga dihadiri oleh Ybhg, Dr Zulkifli B Jantan, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Tn Hj Ahmad b Abdul Hamid Timbalan Pegarah Kesihatan (Pengurusan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk MTQ ke-35, Yang Berusaha Dr. Kamaruddin B Lajim, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MTQ ke-35 dan Presiden PERKIP Negeri Sarawak, Tuan Hj. Azhari B Hj. Sobet.



Delegasi PERKIP cawangan Kuching, JKNS yang berbaju merah mendapat tempat ke-3 dan Hospital Umum Sarawak berbaju biru tempat ke-4. 

Tahniah diucapkan kepada semua. Jumpa lagi tahun hadapan~

~ Lost Child Quest ~ RO

| No comment yet

bosan-bosan jom kita pergi buat quest RO ni. ia adalah salah satu keperluan untuk Rachel Santuary quest.
anda akan dapat 1 Old Violet Box dgn Exp. pergi ke Rachel Town untuk memulakan quest.

cakap dengan Vincent (ra_in01 384,246), di tingkat 2 dalam rumah di Rachel (rachel 100,240).bersetuju nak tolong dia.

pergi kat luar jumpa Logan (rachel 114, 232)n tanya dia tentang Phoebe. kemudia dia suruh jumpa Mr. Manson kat dalam rumah.

Masuk balik ke dalam rumah, cakap dengan Mr. Manson (ra_in01 372, 200). dia jelaskan tentang apa yang berlaku dan suruh jumpa Jenny.

Keluar dari rumah dan cakap dengan Jenny (rachel 48, 236). Jenny bagi sedikit informasi dan suruh pergi ke pasar.

Cakap dengan Idle Merchant (rachel 138, 73), dia beritahu dia tak jumpa sesiapa dan dia tawarkan "mock vegetable!"

Cakap dengan lagi sorang Idle Merchant (rachel 120, 47), dia beritahu ada seseorang suruh kamu pergi ke Ice Cave.
Pergi ke Ice Cave (1 map kanan, 3 maps atas dari Rachel) dan cakap Suspicious Man (ra_fild01 245, 325). Dia cuba nak bunuh (HP akan tinggal separuh), tapi gagal. Sedar yang telah dikenakan oleh Vincent, pergi cakap semula dengan dia.

Cakap dengan Vincent, dan dia jelaskan situasinya, yang Jenny adalah mak Phoebe,tetapi dia tak boleh kahwininya disebabkan oleh perbezaan kelas di bandar ini. Cari anaknya dengan permata yang dicuri.

Cakap dengan Kid at (rachel 273, 32, the bawah-kanan bucu peta) dan ketahui budak itu adalah Phoebe dan ambil permata itu.Tak berjaya pujuk dia untuk pulang ke rumah tetapi berjaya mendapatkan permata.

Berikan permata itu kepada Vincent, dan dia berterima kasih dan suruh beritahu Jenny tentang Phoebe.

Cakap dengan Jenny (rachel 48, 236), dan dia gembira mendengar yang kamu menemui  Phoebe, dan tak kisah tentang rahsia mereka diketahui.

Jumpa Vincent, dia akan bagi Old Violet Box, dan bagi letter of recommendation untuk diberi kepada Sir Zhed, high priest di temple.
Pergi ke temple, dan cari High Priest Zhed (ra_temin 277, 159) di bahagian timur tingkat pertama, beri surat kepadanya.Dia berikan kamu Base Experience. Quest selesai.

~monthly market~

| 5 comments

lorong ini nampak bosankan kalau hendak jalan-jalan pun tiada yang menarik. tetapi ada misteri di sebalik tempat ini. apakah misterinya? lokasi: HUS


tetapi setiap hari jumaat minggu gaji, lebih kurang minggu ketiga setiap bulan. wujud pula gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah, kuih-muih, kek lapis, sayur- sayuran dan pelbagai lagi.



shawl, tudung, kerongsang-kerongsang pun ada. pilih-pilih jangan tak pilih. ikut citarasa anda semua.



"murah-murah, sedap ni. belilah kak, rugi tak beli nanti habis jangan menyesal", kata penjual.



En menusuk hati pun tak lepaskan peluang untuk membeli-belah di sini,
thebudoks juga turut serta membeli juadah-juadah dan kuih-muih di sini, maklumlah gaji dah keluar. "haha"

ok lah chiow dulu~